1. Menguruskan dan menyelenggara kemudahan ICT, perisian, perkakasan dan aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah teknikal berikut:-
1.1. Pemeriksaan dan penyenggaraan kelengkapan ICT yang rosak seperti kerosakan peekakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT.
1.2. Membantu, memantau dan menyelia Rangkaian LAN dan WAN serta menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy, DNS dan lain-lain bagi rangkaian SchoolNet , EGNet, Broadband, Internet Access, Pusat Akses dan sebagainya.
1.3. Membantu Guru Penyelaras ICT dalam melaksanakan pelarasan system berkaitan dengan pembahagian IP-Address, Gateway, Modem dan sebagainya.
1.4. Help-desk dan 1 Level Support (menerima aduan dan mengenalpasti awal kerosakan)
1.5. Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.
2. Menyediakan keperluan alatan ICT untuk guru dan membantu mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Memberi input di dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah.
4. Mengurus isu-isu keselamatan peralatan ICT dan sistem maklumat diperingkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN//PPD/Sekolah serta MAMPU.
5. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menyediakan peralatan ICT bagi aktiviti pengemaskinian data dan maklumat untuk aplikasi EMIS, HRMIS, SMM, SSDM, Sistem Buku Teks dan sebagainya.
6. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang di arahkan dari semasa ke semasa.
* Senarai tugas ini diperolehi dari Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, KPM
2 comments:
maklumat tentang ICT ni sgt brkesan dan mmberi mnfaat kps sy..
SKT ada ?
Post a Comment